Friday, July 30, 2010

Perjumpaan Pelaksanaan Program KRT 4/2010

Perjumpaan Pelaksanaan Program KRT 4/2010 ini bertujuan untuk membentangkan Program Perpaduan, menyalurkan maklumat dari JPNIN kepada semua penduduk dan mengiratkan perpaduan serta perhubungan siratulrahim antara kita.

Perjumpaan KRT diadakan seperti berikut:

Tarikh: 30 Jul 10 (Jumaat).
Tempat: Kedai Bunga, 1330, Lorong Cenggal 25/1, Taman Ampangan Fasa 3.
Masa: 9:00 mlm.

Mohon semua AJK atau wakil dapat luangkan masa dan hadir dalam perjumpaan ini agar segala penerangan dan maklumat berkaitan KRT dapat disampaikan. Beramai-ramailah kita menghadirinya bagi mengiratkan persahabatan antara kita. Ketidakhadiran AJK dan wakil boleh membantutkaan kelancaran program.

1 comment:

  1. Seramai 15 AJK dan wakil hadir dalam perbincangan ini. Perkara yang diperbincangkan:

    1. Post mortem Majlis Ramah Mesra 1 Malaysia Sempena Perasmian KRT Taman Ampangan Fasa 3 dan Pelancaran Keceriaan Taman Berjadual pada 18 Jul 10.
    a. Penglibatan dari keseluruhan warga Taman kurang memuaskan. Wakil untuk menerima sijil AJK tidak ada. AJK perlu memainkan peranan mengajak Warga Taman mengikuti program yang dirancang.
    b. Perbelanjaan mengikut peruntukan.
    c. Kebanyakan jemputan hadir dan memuaskan.
    d. Surat ucapan terima kasih kepada penyumbang dan jabatan.
    e. Gotong royong membersih kawasan pada 17 Jul 10 memuaskan.
    f. Sumbangan dan tuntutan dari jabatan dan YB ADUN Lenggeng perlu disegerakan.
    g. Pertimbangan utk mengadakan Senam Robik secara berkala di Taman Permainan. Maklumat lanjut diperlukan.

    2. Kelulusan SRS telah diperolehi dan peruntukan akan diberikan oleh JPNIN.
    a. Memaklumkan kepada Pengerusi SRS utk memulakan atau merancang rondaan seberapa segera.
    b. Menyediakan khemah mudah alih sebagai pondok rondaan. Peralatan dan lampu menggunakan alat sedia ada.

    3. Kursus Pengurusan dan kepimpinan utk 5 org AJK KRT pada 16 - 18 Okt 10. Senarai nama akan dimajukan ke JPNIN.

    4. Gotong Royong sempena Program Keceriaan Taman Berjadual pada 8 Ogos 10. AJK Jalan bertanggungjawab terhadap jalan dan kawasan masing-masing. Hubungi Setiausaha utk penyelarasan.

    5. Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2010 dirancang pada 25 Sep 10 (Ahad) jam 08:30 mlm di Taman Permainan Kanak-Kanak Persiaran Cengal 1. Hubungi En Fauzy (AJK Persiaran Cengal 1) utk penyelarasan.

    6. Sambutan Deepavali 2010 dirancang pada 5 Nov 10 (Hari Raya Kedua)jam 08:30 pagi di Taman Permainan Kanak-Kanak Persiaran Cengal 1. Hubungi En Ravi Gopal (Wakil Jalan Cengal 28) utk penyelarasan.

    7. Pelaksanaan Korban 2010 dirancang pada 17 Nov 10 (Hari Raya Kedua) jam 08:30 pagi di Taman Permainan Kanak-Kanak Persiaran Cengal 1. Hubungi Ust Amran (Wakil Jalan Cengal 26) utk penyelarasan. Warga Islam yang hendak menunaikan Korban boleh memajukan nama kepada Ust Amran. Borang Korban akan dimajukan.

    8. Blog KRT memerlukan bloggers untk membantu Setiausaha memasukkan maklumat dalam blog KRT. Sesiapa berminat boleh majukan nama kepada Setiausaha atau Pengerusi.

    ReplyDelete

Terima Kasih terhadap maklumat dan cadangan anda. Sebarang tindakan akan dimaklumkan secepat mungkin.