Thursday, May 10, 2012

Al Fatihah untuk Arwah En Zulkifli bin Alias

AL-FATIHAH..... untuk arwah warga taman En Zulkifli bin Alias, 61 tahun beralamat 881, Jalan Cengal 19, yang maut dalam kejadian langgar lari di Taman Ampangan pada 9 Mei 12 jam 6.30 pagi. Beliau dalam perjalanan dengan motorsikal ke stesen Komuter untuk ke tempat kerja di Petaling Jaya, Selangor. Ketika berada di persimpangan kedai Taman Ampangan, Arwah yang menunggang motorsikal Modenas Kriss bersendirian dirempuh sebuah kereta Proton Persona dipercayai dipandu oleh remaja warga asing berusia 20an. Pelanggaran dari arah tepi itu menyebabkan arwah terjatuh dan kereta terbabas melanggar tiang lampu. Arwah mengalami pendarahan dalaman meninggal dunia ditempat kejadian manakala lelaki asing itu melarikan diri.
 Semoga ALLAH meRahmati arwah dan ditempatkan bersama mereka yang Soleh. AL-FATIHAH...

Wednesday, February 15, 2012

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL TAHUN 1433H / 2012M

Jawatan kuasa Kerja KRT  menganjurkan majlis sambutan Maulidul Rasul Taman Ampangan Fasa 3 akan diadakan seperti berikut:
a.  Tarikh: 19 Feb 08 (Ahad).
b.  Masa: 07:30 pagi.
c.  Tempat: Padang Permainan Kanak-kanak Persiaran Cengal 1.
d.  Pakaian: Baju Melayu dan Kebangsaan (amat dialu-alukan)
Perarakan mengelilingi Taman sambil berselawat ke atas jujungan Nabi  Muhamad SAW. Atur cara Majlis seperti berikut:
a. 07:30 pagi - Ketibaan Warga dan berkumpul di Padang.
b. 08:15 pagi - Perarakan bermula.
c. 09:00 pagi - Perarakan selesai dan berkumpul di Padang.
d.   Sda         - Berselawat dan Qasidah oleh Kumpulan Al Ulfah dari Madrasah Az Zein.
e. 09:15 pagi - Doa Selamat dan Ceramah Ugama oleh Ustaz Mohamad Khushairi Hamthan.
f. 09:45 pagi - Kata Aluan dari Pengerusi KRT.
g. 10:00 pagi - Ucapan oleh YB ADUN Lenggeng.
h. 10:30 pagi - Jamuan Pagi dan beramah suaikenal serta bersurai.
Marilah kita keluar beramai-ramai meraikan bersama keluarga memeriahkan Majlis ini bagi memperingati Junjungan kita dan mengiratkan perpaduan serta persefahaman antara Warga.
WARGA MUAFAKAT, HIDUP BERKAT


Saturday, January 21, 2012

PROGRAM JALINAN MESRA PEKAN PANCHOR

Semua penduduk dan warga Taman Ampangan, Taman Panchor Jaya, Taman Sri Telawi dan Taman Bukit Margosa untk turut sama memeriahkan program tersebut;

Tarikh: 21 - 23 Jan 11.

1. Aktiviti:
a. Bola Sepak Veteran 9 sebelah (>35 tahun)
b. Bola Sepak 9 sebelah (>21 tahun)
c. Fun Cage (<16, 14, 12, 10 tahun)
d. Mewarna (<12 dan 7 tahun)

2. Pameran:
a. Jabatan Penerangan.
b. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
c. JPNIN
d. Jabatan Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan Percuma)
e. SPR (Semakan dan daftar Pengundi)

JAMUAN MAKAN MALAM JALINAN MESRA PEKAN PANCHOR

Tarikh: 23 JAN 11

Masa: 8.15 Malam

Tempat: Padang Bola Taman Panchor Jaya (Taklimat umum oleh Penceramah Terkemuka)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Saturday, November 13, 2010

PENGUMUMAN JUMAAT 12 NOVEMBER 2010

PENGUMUMAN JUMAAT 12NOVEMBER 2010
(MASJID KARIAH PANCHOR JAYA)

ASSALAMU’ALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN TUAN NAZIR, TUAN-TUAN IMAM, TUAN-TUAN BILAL, BARISAN JAWATANKUASA MASJID, PEGAWAI MASJID, DAN PARA JAMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN, BERIKUT ADA BEBERAPA PENGUMUMAN UNTUK PERHATIAN DAN MAKLUMAN PARA JAMAAH.

1. PENGUMUMAN PERTAMA, SATU PROGRAM CERAMAH BERHUBUNG DENGAN “PERKONGSIAN PENGALAMAN MISI BANTUAN DI GAZA” ANJURAN AQSA SYARIF NEGERI SEMBILAN DAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA DAERAH SEREMBAN AKAN DIADAKAN DI MASJID INI PADA HARI SABTU, 13 NOVEMBER SELEPAS SOLAT MAGHRIB. PENCERAMAH UNDANGAN TERDIRI DARIPADA DATO DR MUSA MOHD NORDIN DAN TUAN HJ NORAZMI BIN TALIB, AKTIVIS AQSA SYARIF YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM MISI BANTUAN DI GAZA. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM CERAMAH TERSEBUT.

2. PENGUMUMAN KEDUA BERHUBUNG WAKTU SOLAT AIDUL ADHA; UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN PARA JAMAAH, MASJID KARIAH PANCHOR JAYA AKAN MENGADAKAN SOLAT AIDUL ADHA PADA HARI RABU 17 NOVEMBER BERMULA PADA PUKUL 8.30 PAGI. AHLI KARIAH DIALU-ALUKAN UNTUK DATANG LEBIH AWAL UNTUK BERTAKBIR, TASBIH DAN BERTAHMID SEBELUM SOLAT AIDUL FITRI. (SILA ULANG)

A. PENGUMUMAN BERIKUTNYA, PROGRAM QURBAN DIADAKAN DI MASJID INI IAITU PADA HARI RABU 17 NOVEMBER 2010 BERSAMAAN HARIRAYA PERTAMA AIDILADHA BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI. PROGRAM QURBAN TAHUN INI TELAH MENDAPAT PENYERTAAN SERAMAI 42 PESERTA DAN INI BERMAKNA SEBANYAK 6 EKOR LEMBU YANG AKAN DISEMBELIH UNTUK QURBAN.

B. PIHAK MASJID JUGA AMAT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TUAN-TUAN PARA JAMAAH UNTUK BERSAMA-SAMA DALAM GOTONG-ROYONG QURBAN HARI TERSEBUT. UNTUK PENGAGIHAN KEPADA AHLI KARIAH PULA, BOLEHLAH TUAN-TUAN HADIR DAN MENGAMBIL DAGING-DAGING TERSEBUT DI MASJID INI BERMULA PADA PUKUL 12.00 TENGAHARI.

C. JUSTERU ITU, PIHAK MASJID MOHON KEPADA PENGERUSI-PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK ATAUPUN PENGERUSI SURAU DALAM KARIAH PANCHOR JAYA UNTUK MENGEMUKAKAN NAMA-NAMA PENERIMA DAGING QURBAN YANG DIBERI KEUTAMAAN SEPERTI GOLONGAN FAKIR, MISKIN, IBU TUNGGAL, ANAK-ANAK YATIM DAN MEREKA YANG BERHAK UNTUK DISENARAIKAN SEBAGAI PENERIMA UTAMA DAGING QURBAN SEBELUM DIEDARKAN KEPADA AHLI KARIAH.

3. PENGUMUMAN KETIGA, SATU PROGRAM CUTI SEKOLAH IAITU MOTIVASI AL QURAN YANG DIANJURKAN OLEH AL INFITAH TRAINING & CONSULTANCY DENGAN KERJASAMA MASJID KARIAH PANCHOR JAYA AKAN DIADAKAN BERMULA PADA 22 NOVEMBER HINGGA 18 DISEMBER, 2010 SELAMA 4 MINGGU (DIJADUALKAN SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS PADA SESI PAGI IAITU DARI PUKUL 8.30 PAGI – 12.30 PAGI).

PIHAK MASJID AMAT MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN PELAJAR-PELAJAR DARI SEKOLAH RENDAH DAN JUGA SEKOLAH MENENGAH (YANG BERUMUR 9 – 16 TAHUN) UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI.

SETERUSNYA PENGUMUMAN KULIAH-KULIAH AGAMA MINGGUAN.

4. KULIAH SUBUH AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU 13 NOVEMBER YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATO’ HJ MURTADZA BIN HJ SHEIKH AHMAD, MANTAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN.

5. KULIAH SUBUH AKAN DITERUSKAN LAGI PADA HARI AHAD, 14 NOVEMBER YANG AKAN DI SAMPAIKAN OLEH UST MOHD HAFIZI PENOLONG PENGARAH UNIT DAKWAH DAN KEPIMPINAN, JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN. DAN PADA SEBELAH MALAM HARI AHAD TERSEBUT, KULIAH MAGHRIB AKAN DISAMPAIKAN OLEH YBHG USTAZ HJ ABDUL RAHMAN BIN SALLEH, YANG AKAN MENYENTUH BAB TASAWUF DENGAN MERUJUK KITAB SIRUS SALIKIN.

6. PENGUMUMAN TERAKHIR, KELAS TAJWID DAN BACAAN AL QURAN AKAN DI ADAKAN PADA HARI ISNIN, 15 NOVEMBER SELEPAS SOLAT MAGHRIB YANG AKAN DIKENDALIKAN OLEH UST HJ MOHD RADZI.

BAGI PIHAK JAWATANKUASA MASJID, MOHON TUAN-TUAN PARA JAMAAH DAPAT MENGHEBAHKAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG INI KEPADA AHLI-AHLI KARIAH YANG LAIN.

SEKIAN, ASSALAMU’ALAIKUM WBT.

AZMI MOHD YUSOF, MKPJ

Sunday, August 1, 2010

Kejadian Jenayah dan Pecah Rumah

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Sejak kebelakangan ini sering didengari ada rumah warga Taman yang dipecah masuk oleh pencuri diwaktu siang hari semasa kebanyakan Warga keluar bekerja. Sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab ini ada terhadap rumah yang kedua-dua suami isteri bekerja dan yang balik ke kampung atau bercuti panjang.

Adalah dinasihatkan agar semua langkah-langkah keselamatan perlu dilakukan terlebih dahulu dan maklumkan kepada jiran tempuh lama Warga ingin meninggalkan rumah. Selain itu juga maklumkan cara SMS kepada balai Polis Paroi dan maklumi mereka tempuh ketiadaan anda.

SRS Taman perlu diaktifkan segera agar tindakan kawalan boleh dilakukan. Renung-renungkan lah!!!!!!!!

Kegiatan Ekonomi KRT

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Kegiatan ekonomi adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti KRT. Kami bercadang untuk menyenaraikan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh Warga Taman Ampangan Fasa 3. Senarai pengusaha dan peniaga ini akan disiarkan dalam Blog kita untuk makluman semua warga dan pengguna Internet yang lain. Secara tidak langsung ianya boleh mengembangkan lagi kegiatan perniagaan dan ekonomi warga Taman.
Kepada yang mempunyai web blog atau web side boleh juga dimaklumkan kepada kita agar kita boleh membantu melakukan pautan pada sesawang yang berkaitan.
Majukan kegiatan anda walau pun sekecil mana sekali pun terutama mereka yg melakukan secara sambilan untuk disiarkan. Hantar maklumat perniagaan anda melalui komen anda atau terus E-mail ke info.taf3@gmail.com

Friday, July 30, 2010

Pertandingan Akhir Koir Lagu-Lagu Patrotik 2010 Antara Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan

JPNIN dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia menganjurkan Pertandingan Akhir Koir Lagu-Lagu Patrotik 2010 antara Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Menengah peringkat kebangsaan pada 30 Jul hingga 1 Ogos 10.

Sehubungan itu semua warga berserta AJK dan Jiran Muda KRT adalah diundang ke majlis tersebut. Pertandingan ahkir dijadualkan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 1 Jul 10 (Ahad).
Masa: 9:30 pagi.
Tempat: Auditorium Tuanku Puan Chik, komplek Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban Negeri Sembilan.

Mohon semua AJK dan warga Taman dapat luangkan masa dan hadir dalam majlis tersebut. Terima Kasih.