Cawangan KRT Taman Ampangan Fasa 3

Penubuhan Cawangan Warga Emas, Jiran Wanita, Jiran Muda, Dan Tunas Jiran Tunas adalah mengikut peringkat umur merupakan sebahagian dari keperlua KRT Taman. Ia merangkumi setiap peringkat umur Warga Taman untuk dilaksanakan program pembangunan untuk mereka. Pembahagian umur keahlian seperti berikut:
a. Tunas Jiran untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.
b. Jiran Muda untuk warga yang berumur tahun 12 hingga 21 tahun.
c. Jiran Wanita untuk warga wanita berumur 21 tahun dan ke atas.
d. Jiran Warga Emas untuk warga berumur 58 tahun dan ke atas.

Pemilihan Pengerusi setiap Cawangan ini adalah melalui kesanggupan Warga mengetuainya secara sukarela. Semasa Mesyuarat 1/2010 bertarikh 7 Feb 10, Warga yang setuju secara sukarela mengetuai setiap Cawangan tersebut adalah seperti berikut:
a. Tunas Jiran - Pn. Farhana Bt Abd Rashid.
b. Jiran Muda - En Hanizam B Ahmad.
c. Jiran Wanita - Pn. Rosnani Bt Mohd Yunus.
d. Jiran Warga Emas - En. Razali B Ujud.

Rancangan program pembangunan akan dirancang olek AJK Kecil bagi dilaksanakan program mengikut peringkat umur bagi memenuhi keperluan semasa kumpulan tersebut.