Sunday, August 19, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Aidilfitri....... Saya  sebagai Pengerusi berserta AJK KRT Taman Ampangan Fasa 3 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri semiga kita sentiasa diRahmati Allah. Kepada Warga g beraya di kampung, memandulah dengan berhemah dan jaga keselamatan diri dan keluarga semoga selamat sampai bertemu dengan keluarga tercinta. Bagi pihak  AJK KRT, kami mohon maaf ke atas segala kesilapan yg telah dilakukan samada disedari atau tidak. Sempena hari lebaran ini, marilah kita mempereratkan persahabatan dan perpaduaan antara kita agar keharmonian setaman terpelihara. Tidak ada perbezaan antara kita dan tidak ada batasan antara kita untuk bersatu padu dan kekalkan perpaduan.
Kita akan perbanyakkan program perpaduan yg dikendalikan oleh anak-anak muda yg bertenaga dan kami berharap akan mendapat kerjasama dari nsemua Warga keseluruhannya.
Akhir kata,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN,
WARGA MUAFAKAT, HIDUP BERKAT

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih terhadap maklumat dan cadangan anda. Sebarang tindakan akan dimaklumkan secepat mungkin.