Sunday, January 27, 2013

Perarakkan Maulidul Rasul 2013, TAF3.


Penyediaan hidangan secara poklak dan juga yang disediakan oleh kak Yong.
Peserta sebelum perarakkan.


Mukadimah aturcara majlis oleh Yang Berbahagia Ustaz Shahril



Perarakan Maulidur Rasul melalui jalan jalan utama di sekitar TAF3

Kalau masuk lumba lari nampak gaya pengerusi boleh menang










Jiran wanita KRT juga tidak ketinggalan turut serta dalam perarakan. 

Penduduk sedang menilmati jamuan yang disediakan secara poklak olih penduduk sendiri.








Mari, Mari,Mari kita makan.Gerai haji Johari kena serbu.




Ceramah Maulidur Rasul olih yang berbahgia Ustaz Muzamil timbalan Mufti N.S


Penduduk sedang khushuk mendengar ceramah olih yang berbahgia ustaz Muzamil.



Cenderahati daripada penduduk TAF3 kepada yang berbahgia Ustaz Muzamil.timbalan Mufti.N.S.




Gambar beramai ramai AJK selepas majlis.

InshaALLAH tahun depan majlis Maulidur Rasul kita akan lebih meriah dengan lebih ramai penyertaan penduduk untuk menyatakan rasa kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W.

I

Tuesday, January 15, 2013

Perarakan Sambutan Maulidul Rasul 2013



PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2013
As Salam Mualaikum dan Salam Perpaduan 1 Malaysia,
1.                   Segala hormatnya, dengan sukacitanya menjemput semua Warga Islam Taman Ampangan Fasa 3 bersantai menjayakan 2 Perarakan Sambutan Maulidul Rasul 2013 peringkat kariah, Masjid Kariah Panchor Jaya dan Taman Ampangan Fasa 3. Acara Majlis seperti berikut:
a.          Tarikh:
(1)                 24 Jan 13 (Khamis) – 12 Rabiul Awal 1434H (Peringkat Kariah).
(2)                 26 Jan 13 (Sabtu) – 14 Rabiul Awal 1434H (Peringkat Taman).

b.          Masa:
(1)                 7:00 Pagi – 12:00 Tengah hari.
(2)                 7:00 Pagi – 12:00 Tengah hari.

c.          Tempat:
(1)                 Padang Bola Taman Panchor Jaya Fasa 3.
(2)                 Taman Permainan Kanak-kanak Persiaran Cenggal 1, Taman Ampangan Fasa 3.
2.                   Acara 24 Jan 13. AJK Majlis akan menyediakan sarapan pagi di Padang sebelum perarakan dan minum pagi di Masjid selepas perarakan. Penyertaan pertandingan sepanduk peringkat Taman dan “Playcard” peringkat keluarga akan dipertandingkan. Keluarga yang menyertai perarakan boleh membawa seberapa banyak ”Playcard” tetapi penyertaan perlu atas nama anak-anak.  Playcard” perlu disediakan oleh setiap keluarga manakala sepanduk akan disediakan oleh KRT Taman.  Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan diakhir acara.
3.                   Acara 26 Jan 13. AJK Majlis akan menyediakan hidangan utama manakala Warga Taman digalakkan membawa kuih muih secara “Pot Luck” untuk  sarapan pagi bersama di Taman Permainan sebelum perarakan mengelilingi Taman Ampangan Fasa3.
4.                   Warga Taman digalakkan berpakaian kebangsaan lengkap bagi memeriah dan menghidupkan suasana majlis. Marilah kita beramai-ramai menjayakan kedua-dua perarakan sambutan Maulidur Rasul ini bagi mengiratkan persefahaman dan kemuafakatan antara Kariah dan Warga Taman. Keprihatinan dan kerjasama dari semua pihak amat dialu-alukan agar objektif perpaduan tercapai.

ATUR CARA MAJLIS PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL
PADA 24 JAN 2013 (KHAMIS)

Ser
Masa
Perkara
Tindakan
1.
07:00 Pagi
Ketibaan Warga Taman
Berkumpul di padang Taman Panchor Jaya Fasa 3.
2.
07:15 Pagi
Ketibaan Tetamu
Disambut oleh AJK Utama
3.
07:30 Pagi
Perarakan Bermula
Perarakan dari padang ke Fasa 1 seterusnya ke Semarak 6 (Fasa 1 - 2 - 3) dan masuk ke Persiaran Semarak 3 menuju ke MKPJ
4.
Sda
Tiba Masjid

5.
09:00 Pagi
Tazkirah
Ustaz jemputan
6.
Sda
Ucapan dari Nazir Masjid

7.
Sda
Penyampaian Hadiah dan Cenderahati.
Pertandingan “Playcard” dan Sepanduk Taman
8.
10:00 Pagi
Minum Pagi
Perkarangan Masjid
9.
Sda
Majlis Bersurai


ATUR CARA MAJLIS PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL
PADA 26 JAN 2013 (SABTU)

Ser
Masa
Perkara
Tindakan
1.
07:00 Pagi
Ketibaan Warga Taman
Bawa bersama “Pot Luck” dan bersarapan bersama
2.
08:30 Pagi
Ketibaan Tetamu
Disambut oleh AJK Utama
3.
09:00 Pagi
Takbir dan Doa Selamat
Beramai-ramai Bertakbir
4.
09:15 Pagi
Perarakan Bermula
Mengelilingi Taman Ampangan Fasa 3.
5.
10:15 pagii
Perarakan Tamat
Warga Taman dijamu Minum Pagi
6.
09:30 Pagi
Kata-kata Aluan dari Pengerusi KRT TAF3
Kdr Abdul Majid bin Hj Hassan TLDM (Bersara)
7.
Sda
Ucapan dari Tetamu Kehormat
Akan disahkan
8.
Sda
Tazkirah Maulidul Rasul
Penceramah Jemputan
9.
Sda
Selawat dan Nashid
Kumpulan Nashid Jemputan
10.
Sda
Majlis Bersurai